Home

Pembangunan berstrata tidak lagi asing di negara ini, dan dengan keluasan tanah yang terhad, ia merupakan salah satu skim pembangunan kediaman yang paling ideal demi keselesaan rakyat. Seminar Smart Strata 2017 yang julung-julung kali diadakan ini bukan sahaja akan memberi pendedahan tentang skim strata, tetapi juga mengupas isu-isu berkaitan pembangunan, pengeluaran hakmilik, serta pengurusan skim strata. Barisan penceramah jemputan merupakan kumpulan individu yang bukan sahaja berpengetahuan, malah telah lama berkecimpung di dalam bidang pengurusan hartanah di negara ini.