PENCERAMAH

speakersalleh

YBhg. Prof. Dato’ Salleh Buang merupakan seorang konsultan sepenuh masa dan
pernah berkhidmat di dalam sektor awam di Jabatan Peguam Negara pada tahun
1970an. Beliau juga merupakan seorang penulis kepada lebih 20 buah buku berkaitan hartanah dan perumahan. Hasil penulisan beliau boleh dilihat melalui artikel-artikel didalam National House Buyers Association, selain di dalam Malaysian Law on Housing Development (2008). Beliau juga pernah terlibat di dalam pindaan Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan)1992 (Akta A832). Seorang yang tidak asing lagi di dalam bidang hartanah, YBhg. Prof. juga merupakan seorang kolumnis di dalam seksyen “Property Times” di dalam akhbar New Straits Times, di samping menyumbang sebagai tenaga pengajar di Universiti Teknologi Malaysia.

speakersuaidi

Tuan Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim merupakan Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Beliau pernah menjawat jawatan Pegawai Daerah Gombak dan Pegawai Daerah Hulu Selangor. Berpengalaman selama 21 dalam perkhidmatan awam merangkumi sektor pengurusan pembangunan tanah, pengurusan kewangan dan sumber ekonomi, di samping penglibatan di dalam sektor hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar
negeri.

speakerchan

Sr Chan Keat Lim merupakan Pengarah Ukur di Seksyen Perundangan Kadaster, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kuala Lumpur. Pemegang Master of Science in Geographical Information System (Kepujian) dari University of Nottingham, United Kingdom ini telah menjawat beberapa jawatan utama di beberapa agensi kerajaan yang berkaitan pengukuran. Hasil pengalaman beliau selama 25 tahun didalam lapangan ukur dan strata, beliau telah terlibat didalam jawatankuasa bagi pindaan Akta Hakmilik Strata dan juga Akta Pengurusan Strata 2013.

speakeraziz

Tuan Abdul Aziz bin Mohd Johdi merupakan Mantan Pengarah, Bahagian Dasar dan Konsultansi, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di Putrajaya. Kini, beliau menjawat jawatan Setiausaha Bahagian, Bahagian Mineral dan Geosains di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sebahagian besar tempoh perkhidmatan Graduan Sarjana dalam Undang-undang Perniagaan ini melibatkan undang-undang berkaitan tanah. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 dan Kanun Tanah Negara 1965.

speakerridzwan

Tuan Mohammad Ridzwan Abidin merupakan Setiausaha Bahagian, Bahagian
Perkhidmatan Bandar di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),
Putrajaya. Graduan sarjana dalam Pengurusan Sumber Tanah, beliau pernah
berkhidmat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) sebelum berpindah ke KPKT. Dengan pengalaman beliau selama beberapa tahun berada di Kementerian tersebut, beliau telah dipilih untuk terlibat di dalam jawatankuasa bagi pindaan Akta Pengurusan Strata 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s